Sunday 2 September 2012

Duit IBUBAPA & PTPTN

Mak ayah n PTPTN bgi duit bukan untuk topup prepaid or belanja makan boyfriend / girlfriend hangpa...Depa siang malam cari duit sampai da di kalangan mereka ikat perut x makan...takut anak mereka susah..susah senang mereka kite x jaga pun..asyik dgn kekasih je...ibubapa kite nak kite BELAJAR..nanti keje dapatlah tolong family....that y duit selalu x cukup..rupanye belanja makan KFC,SECRET RESIPI, McD kt org lain....IBUBAPA kite sendiri kite x pernah belanja,,,sedap2x pulak kite belanja org lain...sedih bila fikir balik sikap ANAK zaman sekarang...Ya ALLAH kembali kan generasi muda kami ke jalan benar,,,jadikan kami anak soleh n solehan serta ahli zuriat kami nanti...ameen

Saturday 28 July 2012

i love ISLAM

Sekejap nye masa berlalu..dekat pukul 7 am dah,..Tazkirah Ramadhan untuk saya n semua...: Pernah x kite berfikir sejenak...Kadangkala ALLAH sengaja memberi rase SUNYI n KESEORANGAN walaupun ada insan di sekeliling kita semua, Sebenar...ALLAH itu RINDU akan suara rintihan HAMBAnya yg menangis, mengadu serta sujud kepadanya...YAKIN lah...ALLAH itu bersama KITE...kite adaNYA..walaupun kite sering LUPA dia..tapi DIA sikit n x pernah pun LUPA akan HAMBANYA...x kira SUSAH or SENANG.....saya bersyukur menganut AGAMA ISLAM...I LOVE ISLAM...:)

Terkenal di Langit...


X payah lah nak jadi FAMOUS di dunia ni sekiranya dalam diri n kehidupan kite ni x da AGAMA serta PERANGAI kite TERUK mcm SYAITAN / BINATANG....Jadilah mcm UWAIS AL QARNI....di dunia DIA x famous tapi NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda UWAIS AL QARNI ni seorg yg PALING FAMOUS di LANGIT....sebabnya dia seorang yg TAAT n BAIK kepada IBUnya...So kite bila dh baca tazkirah ni x FAHAM2x lagi ke????..buat BAIK lah kepada IBUBAPA kite..jgn wat mereka kecik hati dgn kite.....


Doa

Doa paling MAKBUL time bulan POSE ni adalah TIME sahur

 sehingga ke waktu SUBUH dan TIME nk berbuka 

pose.....kite jugak digalakkan berdoa kepada Si 

Pemberi/Tukang Belanja Makan kite.... Sesungguhnya pahala 

org yg memberi time bulan POSE sama dengan org yg 

berpose...x da kurangan ape yg telah ALLAH 

janjikan..Selamat Beramal....

Cinta..

Mereka SINGLE bukan sebab x hensem/ x cantik...bukan jua sebab mereka x baik dan bukan sebab x da sape2x sukakan mereka...TAPI...fahamilah...kerana hati mereka belum terbuka untuk MENYINTAI dan DICINTAI...mereka fokuskan CINTA ALLAH dulu.....kahwin tu bukan senang..banyak TANGGUNGJAWAB kena PIKUL....org sekeliling x pelah ckap mcm2x kt GOLONGAN mcm kami ni....ape kata korg kahwin dulu...jgn nk TUNGGU kami ye...(@_______@)y.. Tazkirah Ramadhan...

Saturday 21 July 2012

salam ramadhan....

Tazkirah Ramadhan: Hati ni sepatutnye kena da "makanan supplement"...iaitu IMAN & KASIH SAYANG....orang yg hati kurang IMAN = org yg selalu runsing dan risau,,,,orang yg kurang KASIH SAYANG = orang yg selalu SUKA MEMBENCI..hakikatnya mereka ni selalu marah2x kt org, busuk hati, suka mengungkit etc...so JAGA lah HATI...barulah aura positive berpancar di muka pengamal...selamat beramal...(^_^)y

Kisah Uwais Al Qarni


Nabi Muhammad  s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali  r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah.  Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak).  Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya,  dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.

Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”
“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.
“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”
Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.
Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya, “apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku.”
“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu.” Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,” Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”
“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu.”
“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu.”

Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata, “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”

Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.

Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.

Nota: Semoga Allah melimpahkan pahala kepada guru-guruku yang telah menitiskan ilmu kepadaku.

Friday 22 June 2012

6 perkara

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

Wednesday 9 May 2012

TIP: Jimatkan Bateri Laptop


Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

Tuesday 17 April 2012

Kenangan bersama.....

from left: Sadiq, Afiq, Zul Ezri, Syafiq & Amri

From left: Atiqah, Annur, Remiza, Ainul & Amira


Adilin, Fadilah,......x ingat nama..hee

Cikgu sekolah btuil..hee..diyana, Ainul Basirah, Syarifah, Fadilah

Kenalan sesama wat GPS Observation (Control Network)..Group kesayangan saya..hee



Lawatan Astronomi, Pantai Batu Buruk, sempena lawatan ke Terengganu, Trip 1

Pantai Teluk Ketapang, Trip ke 2


Geomatic Sport Day


Banjaran Titiwangsa,

Group AP120-astronomi...hee

Sunday 8 April 2012

Penat....

Salam semua..alhamdulilah modul 5 dah selesai hari ni...along this week, memang saya sibuk sikit..x cukup rehat....hari  isnin till selasa lepas, sibuk wat preparation for  program "TOTy D'New Lecturer di Hotel Sri Malaysia, Hari rabu till jumaat sibuk ulang alik ke hotel, saya jadi urusetia..at the same time, saya n kawan2x saya dgr ceramah skali.. 2 in 1...hari ni pulak, ada modul 5, Insan Kamil...then tomorrow da assembly UiTM, then selasa meeting...jadual saya x padat sgt....ramai kawan2x dah start cuti....insyaALLAH akhir bulan 4 saya akan balik kampung... lama dah x makan masakan mak saya....
Cover Starter Kit

Sunday 1 April 2012

Kategori Kawan

malam ni saya dapat ilmu agama...kawan itu blh di kategori kepada 3 jenis:

kawan mcm MAKANAN
kawan mcm UBAT
kawan mcm PENYAKIT...silalah check kawan2x kite tu..sometimes MEREKA mengumpat kite di belakang...like TALAM 2 MUKA..SAHABAT pulak insyaALLAH sejati dgn kite...


Huraian ayat di atas:


kawan mcm MAKANAN maksudnya..kawan yg selalu n dekat dengan kite...for example,  makanan da manis,msam,pahit n etc...so kawan mcm tu lah degn kite..mcm2x ragam kite berhadapan dgn mereka...


kawan mcm UBAT...maksudnya kite berkwan dgn dia bila perlu je.ikut masa n mood kite je...for example, bila kite sakit..kite perlu n di syorkan makan ubat..tapi SIHAT..da kite makan ubat??.



kawan mcm PENYAKIT....maksudnya kawan yg akan membawa kite ke arah x baik selalu..mereka selalu mempengaruhi kite dri segi akhlak,sikap or so on.ini jugak disebabkan kite lemah iman,cepat mengikut kawan walha tindakan mereka x betul..so klu blh jauhkan berkawan dgn KAWAN mcm ni...

Saturday 31 March 2012

Pukat Buruk / Roti Jala

Alhamdulilah..akhirnya dapat jgk makan Pukat Buruk....sedap sgt...klu negeri Terengganu n Kelantan...kite panggil kuih ni Pukat Buruk....tapi negeri lain panggil Roti Jala..klu Pukat Buruk...makan dgn kuah pengat...tapi klu Roti Jala makan dengan kuah kari...saya beli Pukat Buruk tadi kt Anjung Keli, time lunch tdi...hee..

10 PEKARA MEROSAKKAN AKAL FIKIRAN n OTAK KITA


Aktiviti yang akan berlangsung.....

Hari ni merupakan hari last exam bagi semua pelajar Diploma sesi Nov 2011-Mac 2012....hari ni juga hari last saya jaga Exam di bilik C108...3 hours...from 9 am till 12 pm..kebetulan jaga pelajar SUG,tapi part 3..saya x ajar diorg....hee..kebanyakan pelajar dah start balik 2,3 hari lepas..selamat bercuti lah kepada korang semua...jaga diri..hargai masa sebaiknya..sebaliknya, lecturer pulak sibuk marking paper students...mcm2x ragam n mood lecturer akan alami nanti..hee...so far..saya dah siap marking...walaupun dah siap, saya n lecturer lain sibuk dgn persiapan dgn program Toty D'New Lecturer..anjuran HEA...next week bersamaan 5-7 April 2012,di Hotel Seri Malaysia...seramai 25 lecturer muda akan terlibat..saya terlibat sebagai urusetia selagigus sebagai MC sesi petang, rabu nanti...this is first time i involve with big event like this..before pernah lah jadi MC hari geomatic 2010, di UiTM Shah Alam....mula2x memang nervous..tapi lama2x dah ok..sbb dah biasa....hee...Program ni akan di rasmikan Rektor UiTM...meanwhile, semua Timb. Rektor HEA, HEP, PJI/A terlibat dengan "talk session"...doakan saya n kawan2x saya dapat buat yg terbaik...ameen.....

Wednesday 28 March 2012

Lagu Baru Maher Zain....Number One For Me...


Salam semua..dah solat zuhur belum?...harap2x korg menyegerakan solat ye..Nabi s.a.w bersabda..amalan yg paling ALLAH suka adalah..menyegerakan solat apabila azan selesai berkumandang....klu blh kite especially lelaki p lah masjid..solat secara berjemaah....tenang hati n fikiran kite..lepas tu kite sambung balik keje kite..keje dunia kite spend berjam2x..TAPI klu keje akhirat...adakah kite spend lama jgk?...renungkan n selamt beramal...sebelum saya akhiri pesanan ni, dengar lah lagu baru maher zain...




6 perkara ALLAH sembunyikan...???

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

*1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 


* 2-Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 


* 3-Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

 
* 4-Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 


* 5-Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 


* 6-Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam 

semua hari. 
Renung-renungkan dan Muhasabah Diri 

Tuesday 27 March 2012

Golongan Berilmu...

Tazkirah  petang ni, saya lebih merujus nak bercerita tentang ilmu n amal....kedua element ni sagt penting n saling berkaitan...klu x silap saya Nabi da bersabda..da 4 golongan manusia seperti berikut...
   1) Golongan Pertama: seorang yg X ADA  ilmu tapi  dia X NAK cari/sampaikan ilmu
   2) Golongan Kedua: seorang yg X ADA  ilmu tapi  dia  NAK cari/sampaikan ilmu
   2) Golongan Ketiga: seorang yang ADA ilmu tapi x pandai nak berusaha ke arah kebaikan..
   3) Golongan Keempat: seorang yang ADA ilmu tapi PANDAI menyampaikan kepada orang

Golongan ke 2 n 4 paling bagus n patut kite contohi...sebab dia faham akan hakikat ilmu n amal itu...Apabila kite mendapat Ilmu jgn kite simpan sorg2x...kedekut x nak org lain lebih daripada nya...SEDAR lah..ilmu itu bukan milik kite...akan hakikat..ILMU itu luas, ilmu dunia n akhirat....dgn adanya ilmu itu maka kite sepaptutnya BERAMAL...ADA 3 perkara yg akan membawa kebaikan kite sampai ke akhirat....1) ANAK SOLEH...2) ILMU YANG DISAMPAIKAN KEPADA ORG RAMAI serta 3) REZEKI(SEDEKAH) KITE......


Ilmu + Amal

Renungkanlah Hadis Nabi....Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."   (Riwayat Bukhari)

Monday 26 March 2012

Cinta sebenar...

Secara Umumnya, Pemilik cinta kita yang pertama adalah Allah s.w.t. Cinta insani sesekali tidak boleh mendahului. Cinta insani, tempatnya adalah menuruti cinta hamba kepada Ilahi. Cinta insani, adalah buah kepada cinta hamba kepada Allah s.w.t.
Andai cinta hamba kepada Allah belum berkembang mekar, maka cinta insani tidak akan berkembang mekar. Bajai dan suburkan cinta kepada Allah s.w.t dulu, barulah cinta insani akan lebih mudah mekar, dengan izinNya.
"Kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah solat kami sebagai penyejuk mata. Jadikanlah pasangan hidup dan anak kami sebagai penyejuk mata. Dan jadikanlah khidmat kami kepada agamaMu sebagai penyejuk mata kami."
~Cintailah agama serta diri anda~
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan:74) 

Paper Exam: Law


Good Luck to all my beloved students...do your best exam law paper...2 hours only...you all need to spend time n manage the time properly  in order korg sempat answering all the question...Don't worry...ALLAH always together with us...the most important...mintak lah restu daripada Ibubapa serta Lecturer anda...
Examination Hall

Kek Cheese Strawberry

Cake
Terlebih dahulu saya nak ucapkan beribuan terima kasih kepada my student kerana memberi this kek kepada saya....saya x nak ape2x pun daripda korang...rezeki ni sya terima seadanya.Moga2x ALLAH membalas amalan ikhlas korg semua..semoga korang berjaya di dunia n akhirat....serta dapat menjadi anak soleh n solehah yg mana dapt menjamin kedua ibubapanya ke syurga nanti..ameen..

Tazkirah after asar prayer....

Academic Height, UiTM (PERLIS)
If people are trying to bring YOU down it only means that YOU are above THEM....

Sunday 25 March 2012

selamat pagi semua

Perkara pertama bila bgun tdi..SOLAT SUBUH...tanda kita bersyukur ke hadrat ALLAH sbb mnghidupkan kembali hambanya ni..terasa penat sgt2x....sabtu n ahad lepas terlibat dgn byk aktiviti....jaga Booth FSPU di Ekspo Selangkah Ke UiTM...tapi berlangkah langkah2 jgk nak ke sana..hee...hari ahad pulak terlibat dgn Modul 2 Degree...Malam pulak..p makan Steamboot...kt depan ILP,..hee....hari ni isnin, saya akan fokuskan kerja marking paper GEODESY 1...3 bungkus sampul B....fuuhhh..banyak tu..terpaksa siapkan jgk dalam minggu ni....bulan 4 family nak dtg Perlis..then bercuti ke Langkawi....:)..x sabar nak bersama my family...
Langkawi
My Family

santapan?????

sebelum saya nak tdur..saya terfikir sesuatu tdi..iaitu santapan?...kebetulan saya tgh minum ais milo..Terfikir x, bila kite lapar..kite akan cari mcm2x makan....TAPI bila kite sakit dalam(rohani).???how to solve this problem??..ada x kite fikir kan...Senang je...bila hati keluh resah or mcm2x masalah kite hadapi..MAKA baca lah QURAN..terapi tenangkan jiwa kite...selain itu perbanyakkan lah dengar ceramah agama serta klu blh kite spend kan masa sikit go to masjid..solat berjemaah serta dengar majlis agama...InsyaALLAH...ALLAH akan tolong kite...korg perasan x.bila kite masuk majlis...mesti hati kite tenang...try lah..singgah masjid n solat  malam...kite akan rase kelainan..bukan rase TAKUT..tapi rase KETENANGAN JIWA....sakinah yg kite cari tuk SANTAPAN ROHANI kite....selamat beramal...

Fasililator bgi Modul 2 Degree 2012

salam...hari ni 25 march 2012,ahad, dari pukul 11 pgi till 6 ptg,sya ditugaskan sebagai fasililator bgi modul 2 degree..."perkembangan diri"...mcm2x aktiviti dilakukan bgi menceriakan modul tersebut..penat tu memanglah..tapi saya x mngeluh...sbb saya rase enjoy n seronok share ilmu dgn students dgree...harap mereka dapt mengambil ikhtibar daripada modul 2 tdi...penutup modul 2 tadi memang sedih lah...kite dengar luahan cerita pelajar tentang diri masing2x serta ibubapa mereka....semoga korang n saya berjaya di dunia n akhirat..ameen