Thursday 4 February 2016

DON'T GIVE UP

SPM Teruk & Gagal Ke IPTA, Kisah Gadis Master Dari UK Ini Beri Inspirasi Agar Jangan Give Up!

Kata orang tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan berusaha. Tak dinafikan juga ramai yang dah berusaha sebaik mungkin namun berhenti di tengah jalan kerana beberapa siri kegagalan.
Tidak buat gadis ini yang pernah beberapa kali gagal namun atas usaha yang berterusan akhirnya berjaya menamatkan pengajian Master di salah sebuah universiti luar negara.

Pembedahan & gagal dalam banyak subjek

Screen Shot 2016-02-03 at 3.38.44 PM
Saya bukan seorang yang bijak
Akibat keputusan SPM yang teruk, saya tak dapat masuk IPTA walaupun dah beberapa kali buat permohonan. Saya akhirnya ke Politeknik selama 3 tahun.
Masih lagi tidak bernasib baik,saya juga tak dapat memasuki IPTA untuk sambung degree. Saya  tak berputus asa, buat permohonan semula dan akhirnya berjaya masuk untuk second batch.
Semasa degree, saya telah menjalani pembedahan sehingga gagal dalam banyak subjek dan kena repeat semula semuanya. Namun ternyata mengambil master jauh lebih mencabar. Sebanyak 3 kali permohonan biasiswa saya ditolak sebelum berjaya.

Rasa nak give up try lah lagi

Screen Shot 2016-02-03 at 3.39.56 PM
Dari awal saya dah tahu, ambil Master in Science Computer dalam masa setahun bukanlah mudah. Gagal dalam beberapa subjek adalah kebiasaan dan saya perlu repeat lagi.
Ujian terakhir adalah yang paling berat. Apabila pulang ke Malaysia, saya dapat email menyatakan saya gagal dalam disertasi. Saya cuma ada 2 minggu jika nak lulus. Saya ambil cabaran itu dan tak tidur malam. Alhamdulillah berjaya.
Hanya kerana kamu mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan orang lain bukan bermakna kamu gagal. Rasa nak give up try lah lagi.
Hasil usaha berterusan, gadis ini akhirnya berjaya menamatkan pengajian Master di University of York, United Kingdom. Tahniah! Moga boleh dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana!

Status terbaru jawab pertanyaan orang ramai

Screen Shot 2016-02-04 at 12.20.16 PM

Sunday 10 January 2016


"Perjalanan PhD itu mudah tatkala .... "
oleh W. A. Amir Zal, PhD
MUKADIMAH
Alhamdulillah, pada 1 Disember 2011 saya telah disahkan sebagai lulus PhD dalam bidang Pembangunan Komuniti - Sosiologi. Saya ingin kongsikan sedikit perjalanan dan pengalaman saya dalam menyiapkan PhD. Mudah kerana beberapa sebab. Namun taklah bermakna saya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran, cabaran-cabaran itu saya akan ceritakan juga dalam perkongsian ini.
RINGKASAN PERJALANAN AKADEMIK
Sebaik sahaja tamat tingkatan lima dari SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan pada tahun 2000 (nota: Saya lewat satu tahun kerana perlu melalui kelas peralihan sebelum ke tingkatan satu selama satu tahun. Ia lazimnya dipraktikkan di sekolah aliran agama / Arab di Kelantan). Pada tahun 2003, saya telah menamatkan pengajian peringkat Diploma di UPM selama 2 tahun setengah (sepatutnya tiga tahun). Pada tahun 2007, saya tamat pengajian peringkat ijazah pertama selama tiga tahun setengah (sepatutnya empat tahun – dwi major). Pada tahun yang sama saya melanjutkan pengajian peringkat ijazah Master dengan tesis dan tamat pada tahun 2009, iaitu selama satu tahun setengah (sepatutnya dua tahun). Pada tahun itu juga, saya melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dengan tesis, selama dua tahun yang sepatutnya mengambil masa tiga atau empat tahun.
Berkenaan dengan pengajian PhD, ada rakan-rakan saya yang tertanya-tanya adakah kajian dan tesis saya sama dengan kajian dan tesis peringkat Master? Sudah pastinya tidak. Kajian dan tesis saya pada peringkat ijazah Master dahulu memberi tumpuan kepada penerima gunaan dan impak ICT ke atas Orang Asli suku kaum Temuan di Selangor. Manakala kajian dan tesis peringkat PhD saya memberi tumpuan kepada penilaian modal sosial serta modal insan dan kesannya ke atas pendayaupayaan ekonomi (economic empowerment) Orang Asli suku kaum Orang Kuala di Johor. Selain itu, saya juga memilih penyelia tesis PhD yang berbeza dari pengajian di peringkat ijazah Master dahulu.
KRONOLOGI PERJALANAN PhD
Sebaik sahaja tamat pengajian peringkat master, saya ingin terus melangkah ke peringkat PhD. Alhamdulillah saya mendapat tempat di sebuah universiti di New Zealand. Namun, itu bukan takdir untuk saya, saya tidak dapat meneruskan pengajian kerana saya tidak mendapat sebarang penajaan sama ada SLAB atau SLAI atau tajaan lain. Sungguhpun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya. Setelah meminta ‘pandangan’ Rabbul Jalil dan rakan-rakan lain, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian saya di UPM juga.
Pertimbangannya mudah, saya sudah biasa dengan sistem serta prosedur pengajian siswazah UPM dan mengenali ramai pensyarah yang saya jangkakan dapat membimbing saya dalam perjalanan akademik. Saya terus mendaftar dan memulakan pengajian peringkat Doktor Falsafah pada 17 Disember 2009.
Namun ia tetap menimbulkan rasa bimbang saya dengan sumber kewangan, kerana saya tidak mempunyai penajaan mahupun sumber pendapatan. Sungguhpun demikian, ALLAH membantu saya. Dengan memiliki Ijazah Master, saya memperoleh kerja sebagai pensyarah separuh masa di beberapa buah universiti. Termasuklah di UPM, UKM, HUKM dan UPSI. Antara subjek yang saya mengajar ialah kaedah penyelidikan kuantitatif, kualitatif, sosiologi antropologi dan hubungan etnik. Bantuan lain dari ALLAH SWT, saya memperoleh banyak geran penyelidikan konsultasi. Ia memberi
pendapatan yang selesa kepada saya.
Lebih memudahkan saya, saya memperoleh bantuan Bajet Mini untuk pelajar siswazah yang mana ia membantu membayar yuran pengajian saya. Alhamdulillah, saya tidak lagi merasa bimbang dengan perihal kewangan. Langsung tidak!
Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat skim felow siswazah di UPM, ia bertambah membantu saya. Enam bulan kemudian, ALLAH memudahkan saya lagi, saya telah memperoleh geran penyelidikan khas untuk pelajar siswazah (inisiatif 6) dari Pusat Penyelidikan Universiti UPM. Geran penyelidikan itu sangat cukup untuk saya menyiapkan kajian PhD saya.
Syukur. Satu tahun lima bulan kemudian, saya telah mendapat penajaan pengajian melalui Skim Latihan Akademik IPT (SLAI) yang menanggung yuran pengajian, elaun sara hidup diri dan keluarga serta beberapa kemudahan yang lain. Ia banyak membantu saya. Jika dilihat kronologi itu, sangat mudah perjalanan pengajian PhD saya. Ya, saya akuinya. Malah saya boleh tegaskan, langsung saya tidak tertekan sepanjang menyiapkan pengajian saya. Prinsipnya mudah:
“Tatkala kamu berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH”. [Ali Imran ayat 159]
INI LALUAN SAYA
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa perjalanan saya begitu mudah?! Saya tidak lokek untuk berkongsi sebabnya. Antara sebab yang saya perasan kenapa perjalanan itu mudah ialah:
1. Niat yang betul:
Sangat benar sabda Nabi SAW:
“Setiap amal bergantung pada niatnya, dan setiap orang memperoleh sesuai dengan niatnya. Sesiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujuinya”. [HR Bukhari]
Saya meneliti niat saya sebelum saya meneruskan langkah dalam dunia akademik amnya dan pengajian PhD khususnya. Kenapa saya mahu berada dalam dunia itu? Kerana pangkatkah (PhD= Dr)? Kerana gajikah (PhD= DS51 / 52)? Kerana faktor luang masakah? Kenapa pula saya mahu sambung pengajian saya? Kerana tidak ada kerjakah? Kerana ikut kawankah? Kerana ikut familikah? (nota: seorang abang saya pensyarah di USIM – pensyarah kanan bidang syariah - dan seorang kakak saya pensyarah di UiTM – pensyarah kanan bidang farmaseutikal bioteknologi).
Jawapannya... Bukan itu sebabnya!
Saya memilih untuk serius dalam lapangan akademik... Saya menyambung belajar kerana memiliki niat dan matlamat yang jelas. Apakah dia? Saya mahu meneroka ilmu ALLAH Yang Maha Luas. Saya mahu menghampiri diri padaNYa melalui ilmu (nota: Sesungguhnya orang yang takutkan ALLAH adalah dari kalangan hamba-hambaNya yang berilmu pengetahuan – Faatir: 29). Saya mahu ikut jejak langkah para ilmuwan yang terdahulu, Al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Taimiyah, Abu Hasan al-Ash'ari, Al Faruqi, Al-Attas, Nasr dan tokoh ilmuwan Islam lain yang tidak terduga ilmu mereka.
Saya juga mahu berkonfrontasi dan ‘bersilat’ dengan ghazwatul fikr terutamanya dengan para orientalis serta anak didik mereka. Inilah niat dan matlamat saya. Matlamat saya ketika di bangku sekolah menengah lagi. Saya percaya rakan-rakan akrab dari SMU (A) Maahad Muhammadi (L) masih ingat dengan penegasan saya untuk memperoleh PhD suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, saya bersyukur, dengan niat ini, saya yakin, ALLAH memberkati saya melalui memperoleh bantuan ALLAH iaitu dengan melicinkan proses penyelidikan dan melengkapkan tesis PhD saya.
2. Hubungan dengan ALLAH
Saya juga sedari, saya dapat ‘menyempurnakan’ pengajian PhD saya kurang dari dua tahun adalah dari izin dan bantuan ALLAH. Justeru, langsung tidak timbul dalam hati saya, berasa megah, tinggi diri, riyak mahupun takabbur. Bagi saya, apa gunanya bermegah dengan pakaian kebesaran ‘Tuan’ sedangkan hakikatnya kita adalah hambaNYA. Antara hubungan dengan ALLAH yang saya jaga ialah, mencari kehebatannya dalam setiap penemuan kajian dan pembacaan saya. Saya juga menjaga ibadah khusus dan am. Antaranya ialah menunaikan solat pada waktunya, solat berjemaah (di surau, dengan rakan-rakan atau keluarga), menunaikan solat sunat seperti solat duha dan tahajud. Saya perasan, ia bagus untuk menjaga hubungan baik dan akrab dengan Sang Pencipta.
3. Makbul doa ibu
Doa ibu, percayalah, doa ibu sangat makbul. Sedikit cerita tentang ibu saya, sungguhpun ibu saya sudah berusia 66 tahun, tapi saya sangat kagum padanya. Ibadahnya konsisten dan bersungguh-sungguh. Sekenal saya, setiap malam ibu saya bangun malam untuk bertahajud, setiap hari Al-Quran menjadi temannya, hampir setiap saat butiran tasbih di jarinya. Bagi saya, hebat hubungan ibu saya dengan ALLAH SWT. Antara faktor itu, saya yakin doa ibu saya sangat makbul. Ibu saya amat sering mendoakan kebaikan anak-anaknya di dunia dan akhirat. Khususnya saya, saya kerap meminta beliau mendoakan saya agar dipermudahkan urusan pengajian saya.
Saya masih ingat ketika saya khabarkan pada ibu saya bahawa saya merancang untuk sambung PhD ke New Zealand, kata beliau dengan spontan, “Ma tak mahu Amir pergi luar negara”. Nah! Itulah antara contoh makbulnya doa ibu... Syukur saya pada Ilahi kerana saya masih mampu menjaga dengan baik ibu saya, juga syukur ibu saya tidak pernah lupakan saya (serta anak-anaknya yang lain) dalam setiap patah doanya.
Sungguhpun ibu saya berada di Kelantan, saya kerap menelefon beliau. Biar sesibuk mana sekalipun. Janganlah berkira dengan ibu tentang persoalan masa, komitmen dan wang. Prinsip saya mudah, kita sibukkan dengan perkara yang kita anggap penting. Jika kita anggap ibu kita penting, maka kita akan sibukkan diri dengan beliau. Dan sebaliknya.
4. Keluarga yang memahami – isteri
Saya juga memiliki isteri yang baik dan memahami. Isteri saya suri rumah sepenuh masa, dengan itu banyak masanya diberikan untuk saya. Saya rasa terhibur dengan. Saya mengahwininya pada tahun 2007 (semester pertama pengajian Master), namun hanya dikurniakan anak kurang lebih tiga tahun kemudian. Isteri saya sangat prihatin dengan keperluan saya, beliau juga sanggup bersengkang mata menemani saya menelaah, membaca buku dan menulis meskipun pada jam 3 atau 4 pagi. Teguran saya supaya beliau tidur awal tidak diendahkan, sebaliknya beliau menemani saya dengan turut membaca buku atau bahan ilmiah yang lain.
5. Memilih penyelia
Saya sering kali menasihati rakan-rakan yang ingin melanjutkan pengajian mereka agar memilih penyelia dengan teliti. Saya dapati ramai rakan-rakan saya ‘tersangkut’ dek masalah yang ditimbulkan penyelia mereka seperti tidak membaca proposal atau tesis, sukar untuk ditemui atau berbincang, mempunyai agenda tertentu, memperalatkan pelajar dan saranan untuk kajian atau tesis yang tidak konsisten. Saya sangat bersyukur kerana telah memilih penyelia PhD yang tepat.
Saya telah memilih untuk berguru dengan YBhg Dr Ma’Rof Redzuan, pensyarah kanan di Jabatan Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Selain mempunyai ilmu yang mendalam, beliau juga memiliki pengalaman yang luas, pandangan yang tajam dan memiliki kriteria guru yang baik. Saya suka berbincang dengan beliau kerana beliau sangat menggalakkan percambahan idea dan pengalaman. Apa yang paling saya sukakan ialah, beliau sangat menghormati saya. Langsung beliau tidak memandang rendah pada saya malah sering berbincang dengan saya dalam hal tertentu yang mana beliau berpendapat saya arif tentangnya. Juga saya bertuah kerana sangat dibantu oleh ahli penyeliaan PhD yang lain, iaitu YBhg Prof. Madya Dr Asnarukhadi dan Dr Hanina H. Hamsan.
6. Disiplin dan kerja keras
Saya sangat percaya pada disiplin dan kerja keras. Meskipun saya tidak disyaratkan masuk ke ‘pejabat’ untuk waktu khusus, namun saya mendisiplinkan diri saya mengikuti waktu pejabat. Saya berada di ‘pejabat’ (bilik RA JSKP) jam 8 pagi dan akan pulang antara jam 5.30 atau 6.30 petang. Aktiviti saya ialah, membaca, berbincang dan menulis. Saya jarang mengisi masa waktu tersebut dengan aktiviti bermalas-malasan seperti bermain permainan video dan sebagainya. Itu rutin saya. Saya dapati, ia berjaya.
Sebetulnya isu ini adalah perkara besar dalam kalangan rakan-rakan saya yang mendapat tajaan dari IPT-KPT. Mereka mempunyai masalah dengan masa. Ini kerana cuti belajar yang mereka peroleh digunakan untuk cuti bersungguh-sungguh, bercuti dari pekerjaan untuk agensi masing-masing. Makan angin, melancong dan sebagainya. Akhirnya, tatkala cuti belajar hampir tamat, barulah mereka sedari bahawa mereka belum berbuat apa-apa. Ia tak salah, cuma perlu berpada-pada. Sebaliknya saya percaya, disiplin yang saya tetapkan telah membuahkan hasilnya.
7. Kemahiran dalam penyelidikan
Saya mendapati pengetahuan dan kemahiran saya dalam penyelidikan sangat membantu saya menyiapkan tesis. Jika saya kira penglibatan saya dalam penyelidikan formal, saya telah terlibat lebih dari dua puluh projek penyelidikan, sama ada sebagai pembantu penyelidik, pengurus penyelidikan, ahli penyelidik, penyelidik bersekutu dan ketua penyelidik. Jika ditambah dengan penyelidikan yang tidak formal(penyelidikan tidak formal lazimnya saya menggunakan pendekatan kualitatif), menurut kiraan saya juga hampir dua puluh penyelidikan. Saya berada dalam alam siber hingga ke lapangan kajian. Misalnya, saya pernah berada di Bario Sarawak hampir tiga minggu. Penyelidikan yang telah saya sertai telah membantu saya untuk memahami dan mendalami selok-belok dan proses penyelidikan. Sungguh, ia sangat membantu.
8. Banyak membaca dan berbincang / berbahas
Antara perkara yang saya tekankan ialah, banyakkan membaca, sama ada buku, artikel jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Memang sukar untuk memahami perkara-perkara tertentu dari bahan-bahan bacaan tersebut, namun saya tetap memaksa diri saya untuk memahaminya kerana saya yakin saya mampu ‘tangkap’ pena penulisnya. Juga saya memegang prinsip,
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al Insyirah: 5-6)
Saya juga bersetuju dengan pandangan Zig Ziglar, “Rich people have small TVs and big libraries, and poor people have small libraries and big TVs”. Namun bagi saya pula, “Orang yang miskin ‘membesarkan’ (mengutamakan) televisyen. Manakala orang yang kaya ‘membesarkan’ perpustakaan mereka. Isteri saya cukup memahami saya, saya boleh demam jika tidak sentuh buku dalam satu hari. Saya juga mendisiplinkan diri dengan menghabiskan sekurang-kurangnya sebuah buku dalam seminggu.
CABARAN YANG DIHADAPI
Dari pengalaman ‘indah’ tersebut, adakah bermaksud saya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran atau masalah? Jawapannya mestilah tidak! Banyak cabaran yang saya hadapi sebagaimana orang lain juga. Misalnya:
1. Banyak komitmen
Ramai mengeluh kerana banyaknya komitmen semasa pengajian. Saya tidak nafikan, saya juga mengalami perkara yang sama. Contohnya, saya sebagai pensyarah separuh masa, mempunyai komitmen untuk menyediakan bahan pengajaran, mengajar, menyelia pelajar, menyediakan soalan peperiksaan, memeriksa tugasan pelajar, urusan ISO dan sebagainya. Semua itu saya lakukan semasa saya dalam proses belajar peringkat PhD. Namun, akhirnya saya dapat siapkan PhD dalam masa dua tahun!
Gambar: Penglibatan saya sebagai ketua penyelidik sebuah kajian yang dijalankan di Bario Sarawak.
Adakah komitmen-komitmen itu tidak mengganggu saya? Saya tidak memandangnya dari sisi tersebut, sebaliknya bagi saya ia mendorong saya untuk lebih berusaha keras mencapai matlamat. Kenapa? Saya dapat pelajari kelemahan dari pelajar saya, dan saya tidak akan mengulanginya untuk diri saya. Juga, tatkala saya mengajar, saya sedari ada ilmu dan kemahiran yang perlu saya pelajari, saya insaf dan berusaha mengurangi kelemahan saya.
Syukur, komitmen-komitmen itu mendorong saya untuk bekerja lebih kuat.
Selain itu, penglibatan saya dalam penyelidikan langsung tidak mengganggu saya. Sebaliknya membantu saya untuk lebih mahir menjalankan penyelidikan terutamanya keupayaan melaksanakan proses penyelidikan dengan sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain.
Tentang komitmen bukan akademik pula, saya turut terlibat dengan NGO kebajikan sosial Orang Asli, menjadi perunding AMAN Palestin dan AJK surau solat Jumaat di kawasan perumahan saya. Bagi saya, semua itu tidak mengganggu, sebaliknya ia adalah salah satu tanggung jawab saya pada ummah. Selain itu, saya juga aktif dengan beberapa cabang seni mempertahankan diri, termasuk silat dan karate. Bagi saya, ia perlu untuk tujuan senaman.
Namun, saya menetapkan disiplin tertentu, iaitu saya mesti ‘menyentuh’ penyelidikan dan tesis PhD saya sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sehari. Inilah yang konsisten saya amalkan.
2. Cabaran berkeluarga
Sesetengah orang memberi alasan berkeluarga sebagai kekangan untuk lancar meneruskan pengajian mereka. Saya akui, urusan itu agak genting dan perlu diuruskan dengan baik. Kami dikurniakan cahaya mata pada tahun ketiga mendirikan rumah tangga (April 2010), iaitu semester pertama pengajian PhD saya. Sudah pasti mendapat cahaya mata adalah perkara yang sangat menggembirakan, namun ia disertai tanggung jawab dan komitmen baru. Pada Julai 2011 isteri keguguran anak kedua kami, ia sedikit merumitkan keadaan. Namun dengan pengorbanan, ketahanan psikologi dan sifat memahami isteri yang tercinta, alhamdulillah semua dapat diuruskan dengan baik.
3. Kekurangan kemahiran
Sebetulnya dalam penyelidikan, memerlukan banyak ilmu, pengetahuan dan kemahiran baru. Kadang-kadang bisa melemahkan semangat. Saya ‘bermazhabkan’ mixed-method, mengaplikasikan kedua-dua pendekatan penyelidikan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Setiap pendekatan memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus, misalnya dalam pendekatan kuantitatif, saya perlu memahami prosedur statistik yang kompleks. Ia termasuklah penggunaan perisian komputer baharu seperti SEM-AMOS.
Manakala pendekatan kualitatif memerlukan saya memahirkan diri dengan teknik tertentu yang sudah pasti memerlukan masa yang lama untuk mahir dengannya, seperti teknik deskriptif dan naratif. Namun, bagi saya itu bukan masalah. Sebaliknya menunjukkan betapa kerdilnya diri, masih banyak tidak tahu dan pandai, sebaliknya ALLAH jua yang Maha Mengetahui. Itu antara petanda saya sebagai hambaNYA.
Bagi saya prinsipnya mudah, cuba memahami, mengingat atau menghafal dan mengaplikasikannya. Itu sahaja. Sudah pasti ia bukan mudah untuk faham dan ingat, namun selagi ada usaha, itulah yang kita akan dapat. Inilah fitrah ALLAH ke atas hamba-hamba-NYA. Jadi, belajarlah, baru dapat tahu.
4. Ketandusan idea dan mood
Apa isu yang biasa kita dengar? Tandus atau kering idea, atau tidak ada mood. Ini perkara biasa yang saya dengar dari rakan-rakan. Saya juga menghadapi masalah yang sama, namun saya ada cara mengatasinya. Sebetulnya, mustahil kita langsung tidak ada idea ketika menjalankan penyelidikan atau menulis tesis, kerana ia adalah seni.
Penyelidikan melibatkan proses, proses itu sentiasa berkembang, maka perhatikan setiap proses tersebut. Teliti kerja penyelidikan maka kita akan temui kelemahan dari setiap proses itu, ia pasti akan mendorong kita untuk menambah baiknya. Dengan cara bagaimana? Membaca dan terus membaca. Natijah, idea kita akan bertambah banyak.
Jangan pula bila berhadapan dengan masalah ketandusan idea, hilang mood, diisikan pula dengan perkara lain yang tidak ada kaitan dengan penyelidikan atau tesis, misalnya terlalu asyik menonton filem, bermain permainan video dan sebagainya. Sebaliknya, jika tidak ada idea atau mood, beralihlah kepada prosedur atau proses lain dalam penyelidikan. Misalnya, bosan dengan membina dan mensintesiskan tinjauan literatur, kita boleh mengemas kini metodologi kajian. Jika bosan, beri tumpuan pula pada pembinaan instrumen kajian. Jika bosan juga beralih pada proses penyelidikan yang lain.
5. Stres
Akhir sekali tentang stres, berani saya katakan saya tidak berhadapan dengan stres. Kenapa? Saya punya prinsip yang mudah, dan sering kali saya kongsikan pada rakan-rakan yang lain:
“Jikalah stres boleh menyelesaikan kerja-kerja saya yang bertimbun banyaknya, saya akan stres banyak-banyak”.
Maksudnya, tidak perlu hadirkan stres dalam hidup kita. Kerana apa, dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang indah-indah lagi menyenangkan untuk disyukuri, berbanding dengan perkara yang menyedihkan untuk diratapi. Juga sering saya bandingkan realiti dalam usaha menyiapkan PhD (yang perlu banyak membaca, menulis dan menjalankan penyelidikan) dengan keadaan ‘perjuangan’ saudara saya di Palestin. Mudah perjuangan kita di sini berbanding mereka di sana. Maka, perlukah stres?
AKHIR KALAM
Saya akui saya miliki banyak kelemahan, namun saya tidak menangisinya kerana ia memberi petunjuk betapa ALLAH itu hampir dengan saya. Sengaja diciptakan kelemahan agar saya sentiasa memandangNYA. Ia adalah manifestasi dari sebuah hadis Qudsi yang saya hafal dari kitab Sirrul Asrar (karya Syeikh Abdul Qadir Jailani), Rasulullah bersabda bahawa ALLAH berfirman,
“AKU adalah khazanah yang tersembunyi, AKU suka dikenali maka AKU ciptakan makhluk supaya AKU dikenali”.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Namun saya tegaskan, saya tidak mengakui saya yang terbaik, tapi saya hamba TUHAN Yang Maha Sempurna. Dalam merancang kehidupan ini, saya amat percaya dengan firman ALLAH SWT:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu perkara, padahal ia adalah baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk kepada kamu. dan (ingatlah), ALLAH jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al Baqarah: 216].

Friday 27 November 2015

Selamat Hari Lahir.....

Assalamualaikum semua.....bersempena hari kelahiran saya, maka saya berfikir hendak berkongsi kisah hidupku ini selama 29 Tahun ini.....setengah org kata baru 2 seri....x masuk 3 seri lagi....mcm kete pulak kan....apapun 2 or 3 seri, yg penting hidup mu semakin pendek sebenarnya....

Umur saya genaplah 29 tahun..
Semalam bersamaan Jumaat, 27 November ketika di Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.....tiba2x....Pihak Masjid membuat pengumuman bahawa selepas menunaika  solat fardu jumaat, akan di adakan solat sunat Jenazah.....selepas imam habis membaca doa....bilal melaungkan..."Asola tu jaamiah" sebanyak 3 kali.....hati ku berasa sangat sedih....ku meluru ke bahagian dalam masjid dan membuat saf......imam berkata silakan datang anak lelaki atau waris si jenazah tampil ke hadapan tuk solat jenazah.....semasa mengambil takbir.....air mata tuk mengalir sehingga takbir ke 4.....aku mengenangkan KEMATIAN..mcm mne lah akan pengakhiran hidup ku nanti????..aku berfikir...adakah ALLAH hendak memberi pengajaran kepada ku bersempena ulang tahun kelahiran ku...kita jgn terlampau seronok di atas dunia...sometimes, perlu ada org menasihat kita akan KEMATIAN yang datang tanpa khabar dan alamat....klu boleh ak nak meninggal dunia pada hari JUMAAT bertepatan dgn TARIKH aku dilahirkan bersamaan HARI JUMAAT, 28 NOVEMBER 1986, iaitu  25 RABIUL AWAL 1407 HIJRI.....


Menurut kisah ibu ku, semasa aku dilahirkan di Kuala Terengganu.....pada hari kejadian berlaku BANJIR BESAR  yg menyebabkan rumah ku ditenggelami air....semasa ku lahirkan.....azan subuh, Jumaat berkumandang di kawasan Kuala Terengganu...semasa itu ayah ku tiada di sesi ibuku....Ayah ku out station di luar negera kerana BOLA SEPAK....profesional bola sepak memang tidak boleh lari dalam hidupnya......hiii......ketika hendak melaungkan AZAN di telinga ku.....Arwah Nenek ku meminta seorg BILAL berasal Kuala Berang  pada masa  tempat kejadian untuk melaungkan AZAN di telinga ku....berkat azan bilal tu kot menyebabkan aku menjadi BILAL dan IMAM di Taman Perumahan ku since Tingkatan 1 sampai sekarang.....Subhanallah kan....Kuasa Allah......

My Dad and My Mum

Terima kasih Ma sebab mengandungkan ku selama 8 bulan.....walaupun x cukup bulan.....alhamdulillah ku sihat dan x da cacat cela selepas dilahirkan.....Penat dan Lelah ibu melahirkan seorang anak x dpt dibandingkan dgn apa2x....mereka bertarung nyawa semata2x nak melahirkan seorang anak.....mengikut kajian sains, byk urat akan putus semasa melahirkan anak....Dari segi agama....berguguran dosa seorang ibu apabila melahirkan seorang anak....bersih dan suci seorang ibu dan anak baby itu seperti KAIN PUTIH.....berikut adalah inti sari kisah hidup yg belum pernah org tahu.:

1. Dilahirkan x cukup bulan, hanya 8 bulan...

2. Suka menangis berpanjaran sehinggan beberapa bulan...

3. Anak ketiga (bongsu) time tu......tapi...selepas 6 tahun barulah ada adik....sekarang adik beradik 5 orang..(4 LELAKI..1 PEREMPUAN)...
Ahli Keluarga Mark Nick : 4 Lelaki....Kakak beraya rumah suaminya...
My Beloved Sister and Her Daughter...

Kakak, saya dan my young brother....


4. Time kecik....darjah 1 sampai darjah 5....saya x pandai MEMBACA....mengalami penyakit DYSLEXIA..or also known as READING DISORDER....hampir 5 TAHUN...

5. UPSR, keputusan mengejutkan semua, sbb BM, penulisan dan pemahaman dapat A..kuasa DOA ibubapa....

6. Tingkatan 1, berubah menjadi baik....selalu p Solat berjemaah di Surau..sehingga di sekolah kawan dan Guru panggil saya USTAZ...padahal saya bukan sekolah agama..hi...hiii...ni betuil..x tipu...time ni jugak saya pakai kopiah dan songkok....ke mana2x memang x tinggalnya...hii..time tu kopiah mcm kumpulan HIJJAZ..hii..

7. Sesama di Sekolah Menengah, alhamdulillah saya selalu duduk Kelas no 1 sehingga Tingkatan 3....dan mendapat kawan yg baik selalu.....Selepas mendapat keputusan yg baik, saya bertukar Sekolah Menengah Bandar (Sains) yg saya impikan selama ini...Sekolah budak Pandai...Disiplin ketat dan Ranking no 1 atau 2 dikalangan Sekolah di Kawasan Kuala Terengganu...Pesaing Sekolah kami adalah Sekolah Men Keb. Sultan Sulaiman...My mum, my borther and My Sister bersekolah di situ.....

8. Sesama di Sekolah Men Keb Bandar, boleh dikatakan sgt best....students pandai...bila Cikgu x masuk...diorg semua sibuk buat keje sekolah...environment sekolah ni jarang saya nampak.....fasiliti sgt best....da Koperasi yg besar,,,Surau yg dikelilingi tasik..sgt canti....hii....Setiap hari kami Solat Zuhur Berjemaah dan setiap hati Hari....pagi da solat sunat Dhuha.....Cikgu2x pulak semua hebat.....cara diorg ajar sgt BEST....TIP TOP...setiap rabu, kami kena pakai baju KoKo.., saya masuk St John...hi..ahli biasa..tapi klu Kelab Matemetik dan Sains..saya jadi Penolong S/U....kawan lah ni yg pilih.....geram rse..hii...paling penting.....saya jadi Ketua Kelas...ha..

9. Tingkatan 4-5, aku belajar kelas Sains Tulen....persaingan sgt sengit....aku berusaha lebih..sampai CIKGU KIMIA puji giler ak dalam kelas....time tu ak x da sbb p jumpa Ustazah....tiba balik....semua Kawan perli, puji aku...sampai ak terpingga...rupanya CIKGU puji..hii...Subjek favourite ku adalah MATH MODEN...ADD  MATH....KIMIA...SEJARAH...PENDIDIKAN ISLAM.....alhamdulillah....selalu dpt higesht mark....hii......paling x boleh lupa....Math Moden 98/100 mengalah pelajar Best student....alhamdulillah sgt....dan Dapat Anugerah Pelajar Cemerlang SPM bgi subjek PENDIDIKAN ISLAM.....syukur sgt.....terima kasih cikgu semua....

10. Semasa di sekolah....saya aktif dalam pertandingan Menghafaz Al Quran Peringkat Sekolah Menengan Zon Kuala Terengganu...dan Peringkat Negeri.....Pesaing saya adalah kawan saya Mohd Al Hafiz....alhamdulillah saya mendpat tempat ke 3.....syukur...

11. Mendapat Anugerah Remaja Harapan Taman Perumahan saya....terharu sgt.....saya x mintak pun...tapi Kuasa Allah....time tu saya x da...berada di Mekah bersamaan Mak dan Abang dalam menjalani ibadat Umrah....My father yg p ambik anugerah tu....

12. Alhamdullilah, rezeki ku berterusan selepas mendapat keputusan SPM yg baik....cuma Bahasa Inggeris hanya LULUS....yg lain cemerlang....lalu aku bercadang melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang Sains Geomatik ( Sumber Alam)...namanya sedap..pilihan ke 8....tapi Dapat...hii....dulu sistem lain..skrg sistem berbeza...alhamdulillah....walaupun berjauhan dgn keluarga, syukurlah ak masih dapat meneruskan pengajian di UiTM Perlis...zaman itu..Perlis x da ape2x.....bosan sgt....just da Padang Besar....CMart x da lagi...hii....Tapi syukur sbb saya just Belajar 1 tahun di Arau, selebihnya saya kena transfer ke UiTM Shah Alam....hii....

13. Time belajar diploma, degree dan master....boleh dikatakan mencabar time master....diploma dan degree boleh lah kita main2x skit...tpi master level tidak lah....byk benda nak kena buat....alhamdulillah....result dpt 3.0 above.....jatuh bangun itu biasalah.....paling penting jgn putus asa....jgn lupa ibubapa setiap masa...mohon mereka selalu berdoa tuk kita semua semasa belajar....ni lah tip kejayaan saya selain jgn lupa SOLAT BERJEMAAH, BACA QURAN, SOLAT SUNAT DHUHA.....time nak exam....saya solat sunat HAJAT....40 hari sebelum dan selepas exam....bab x faham....saya suka Tanya Lecturer dan Sahabat baik sya.....yg malu bertanya...buat baik lah terhadap mereka....time study ni selalulah jaga masa..jgn membazir masa dgn x berfaedah......nak p befjalan boleh...tapi siapkan keje semua.....FAHAM..!!!!!..hii....saya x marah..hiii...

Konvokesyen Degree in 2010
Ermm....ape laginak cite....oh ya....klu kita dapat result 3 above..senanglah nanti.....especially LELAKI.....klu nak jadi LECTURER ok sgt....korg kena maintain kan CGPA n GPA itu tuk 3 above.....p interview kena confident dan well prepeared......jgn 7lupa solat hajat byk ye....


Ok lah.....banyak benda dah saya cerita..buka  nak riak atau tunjuk....cuma sya nak berkongsi tips dan amalan saya lakukan sehingga mendapat kejayaan.....paling penting...Hargailah ibubapa....sempena hari lahir saya..tidak bermakna kita sibuk meraikannya....the most important, ucaplah ibubapa kita yg byk berkorban membesarkan kita hingga besar....ucapan TERIMA KASIH ni perlu kifa ucapkan kpda mereka...saya nk berhenti kt sini dulu....byk ucapan saya dpt melalui whatsapps n fb..jadi sya nak reply msj diorg....ok.....assalamualaikum.....

My Beloved Student


My Beloved Student

Wish from my mum

Saturday 21 November 2015

Amalan rezeki melimpah.....

Bila kita bercakap mengenai rezeki..mesti ada dikalangan kita inginkan rezeki yang sentiasa melimpah...banyak serta berkat....Banyak amalan yang boleh kita lakukan dan asbab daripada itu rezeki kita menjadi berkat dan banyak...selain itu hati kita sentiasa tenang walaupun gaji/pendapatan kita kecil daripada orang. Antara amalan yang sangat digalakkan dan dituntut melakukannya adalah seperti:

1. Solat Sunat Dhuha. Waktu solat solat bermula 28 minit selaps matahari naik sehingga sebelum masuk waktu zuhur. Sebagai manusia, janganlah kita melepaskan menunaikan solat sunat ini....tidak memerlukan berjam pun untuk menunaikan solat, hanya 5-10 minit sahaja. sebelum bertolak ke tempat kerja atau sebelum memulakan kuliah pengajian kita...carilah masa untuk menunaikannya...jangan kita selalu memberi alasan selalu SIBUK dengan keje..padahal kita selalu menyibuk dalam kerja tidak berfaedah seperti berFB, berWHATSAPP, bershopping dan sebagainya....


2. Membaca Tasbih Fatimah ( Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33 kali selepas solat). Tasbih ini dikenali sbagai Tasbih Fatimah kerana ada cerita disebalik kejadiannya....Kalau tidak silap saya, Saidatina Fatimah (Anak Perempuan Nabi Muhammad) mengadu kepada Rasulullah mengenai orang kaya yang selalu bersedekah di Madinah... Saidatina Fatimah memberitahu kepada Ayahnya (Rasulullah) bahawa oarang miskin dan dia selalu cemburu akan kebaikan yang selalu dilakukan olah orang kaya....Disebabkan peristiwa ini, Rasulullah bersabda bahawa orang miskin boleh juga mendapat pahala dan rezeki seperti orang kaya yang selalu bersedekah seperti orang kaya di Madinah....iaitu selalulah beramal dan membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali selepas setiap 5 waktu solat fardu....In sha ALLAH, kita akan merasai hati tenang dan sentiasa berasa rezeki cukup......Cubalah praktik......In sha ALLAH 





Tips berdiet yang betuil...

Mesti semua teruja nak kuruskan?Sebab tu search blog yang ada perkataan kuruskan?Bagi saya blog ni salah satu blog yang boleh bagi semangat untuk anda semua kurus.Nak tahu macam mana saya tahu anda nak kurus?Ala saya pom macam anda juga time mula-mula nak kurus dulu . Jom dengar pengalaman saya mula-mula nak start disiplinkan diri nak turunkan berat badan.Saya hanya ambil masa 2 minggu je,tapi saya ikut semua pantang larang yang telah ditetapkan..Anda semua nak tahu panduan apa yang saya ikut dan amalkan dalam masa 2 minggu?.

Makanan yang perlu DI ELAKKAN Dalam Masa 2 Minggu :
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Makanan Yang Diharamkan Dalam Masa 2 Minggu :
  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Boleh Makan:
1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 3 liter atau lebih sehari untuk elakkan sembelit dan melawaskan pembuangan toksin.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

JANGAN TINGGAL  MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM. MAKAN MALAM SEBAIKNYA SEBELUM JAM 6 MALAM.
p/s : JGN PONTENG MAKAN ye :)
 CARB = KARBOHIDRAT
(JGN LEBIH DRPD 20 GRAMS CARB SEHARI KALAU NAK KURUS)
 Contoh Menu Makan Yang Rendah Carb yang saya amalkan.
(Tapi yang paling penting,setiap masa saya boleh makan tau )

sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

contoh kiraan carb dalam nasi.. (so anda tentukan sendiri,berapa banyak nasi yang anda nak makan )
  • Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
  • Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
  • Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
  • Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Car
(meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

kurus2
INGAT !!!
  •  Had 20 gram karbohidrat selama 2 minggu ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari).

  • Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

  • Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

  • Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa.

  • Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat.

  • Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Tuesday 17 November 2015

Kejayaan seorang bekas Pelajar Degree Sains Geomatik.....dulu UPSR hanya 2B3C..tapi lepas habis degree..dapat Anugerah Naib Canselor (ANC)......

Penat lelah seorang pelajar sains gematik (AP220) UiTM Arau berbaloi akhirnya selepas mendapat ANC pada sidang konvokesyennya.....Inilah dikatakan kekuasaan ALLAH...dulu x cemerlang..tapi lepas berusaha gigih dan bangkit daripada kegagalan. AKHIRNYA ANC baginya...pastinya IBUBAPA serta ahli keluarganya sgt beruntung mendapat seorg anak seperti saudara Siti Mardhiah....Moral of story.....sebagai manusia..jgn kita cepat mengalah dalam ujian dan dugaan yang ALLAH bagi.....Tuah ayam kita nampak di kakinya..tapi tuah manusia kita x tahu...paling penting....kita jgn cepat menghukum ALLAH...perancangan ALLAH itu kita x tahu....klu kita ingat..people often said that " what u did...what u get"......Tahniah di ucapkan kepada Saudari Siti Mardhiah.....pencetus ispirasi kejayaan ( PIK)...bukan PU (Pencetus Ummah)..hii... kepada kita semua....

UPSR...
THROW BACK 2002
Tahniah buat semua adik2 yang berjaya dalam peperiksaan UPSR...Bagi yang belum berjaya dont' worry I tetap sokong u.. 👏👏
Masih Teringat waktu sekolah rendah dulu..selalu dapat nombor last2..duduk di kelas last..kena marah dengan cikgu sampai rasa malas nak pegi sekolah. dalam hati ada juga terdetik nk dapat pujian macam kawan2 dikelas2 pandai yang dpt banyak A..😞😞😞
Tp apakah daya...
Tahu membaca pun darjah 3..UPSR pun cuma dpat 2B3C..itulah realiti budak kampung macam aku yang tersangat banyak main.
Tapi Hari ini, Tuhan bagi juga aku rasa semua tu..
Percayalah pelajar yang dapat 5E hari ini belum tentu masa depannya gelap dan pelajar yang dapat 5A itu belum tentu masa depannya terus cerah...Tuhan itu mahal adil dan takkan bagi kegagalan yang berterusan..segalanya telah di aturkan..Keep Move On 💪💪💪🙌🙌🙌🙌

8 Tips mendidik anak yang diajar oleh Dato Aliff Syukri dan isterinya....

ALIF SYUKRI
Bak kata pepatah, nak melentur buluh biar daripada rebungnya. Mungkin dek kerana jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri  ini pernah berasa susah suatu masa dulu, dia dan isterinya bersikap tegas untuk tidak memewahkan anaknya.

8 CARA MENDIDIK ANAK:


1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
Screen Shot 2015-11-17 at 2.47.13 PM
4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.
5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.