Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati....
Saturday, 31 March 2012
Pukat Buruk / Roti Jala
Alhamdulilah..akhirnya dapat jgk makan Pukat Buruk....sedap sgt...klu negeri Terengganu n Kelantan...kite panggil kuih ni Pukat Buruk....tapi negeri lain panggil Roti Jala..klu Pukat Buruk...makan dgn kuah pengat...tapi klu Roti Jala makan dengan kuah kari...saya beli Pukat Buruk tadi kt Anjung Keli, time lunch tdi...hee..
Aktiviti yang akan berlangsung.....
Hari ni merupakan hari last exam bagi semua pelajar Diploma sesi Nov 2011-Mac 2012....hari ni juga hari last saya jaga Exam di bilik C108...3 hours...from 9 am till 12 pm..kebetulan jaga pelajar SUG,tapi part 3..saya x ajar diorg....hee..kebanyakan pelajar dah start balik 2,3 hari lepas..selamat bercuti lah kepada korang semua...jaga diri..hargai masa sebaiknya..sebaliknya, lecturer pulak sibuk marking paper students...mcm2x ragam n mood lecturer akan alami nanti..hee...so far..saya dah siap marking...walaupun dah siap, saya n lecturer lain sibuk dgn persiapan dgn program Toty D'New Lecturer..anjuran HEA...next week bersamaan 5-7 April 2012,di Hotel Seri Malaysia...seramai 25 lecturer muda akan terlibat..saya terlibat sebagai urusetia selagigus sebagai MC sesi petang, rabu nanti...this is first time i involve with big event like this..before pernah lah jadi MC hari geomatic 2010, di UiTM Shah Alam....mula2x memang nervous..tapi lama2x dah ok..sbb dah biasa....hee...Program ni akan di rasmikan Rektor UiTM...meanwhile, semua Timb. Rektor HEA, HEP, PJI/A terlibat dengan "talk session"...doakan saya n kawan2x saya dapat buat yg terbaik...ameen.....
Wednesday, 28 March 2012
Lagu Baru Maher Zain....Number One For Me...
6 perkara ALLAH sembunyikan...???
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
*1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* 2-Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* 3-Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* 4-Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* 5-Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* 6-Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.
*1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* 2-Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* 3-Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* 4-Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* 5-Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* 6-Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.
![]() |
| Renung-renungkan dan Muhasabah Diri |
Tuesday, 27 March 2012
Golongan Berilmu...
Tazkirah petang ni, saya lebih merujus nak bercerita tentang ilmu n amal....kedua element ni sagt penting n saling berkaitan...klu x silap saya Nabi da bersabda..da 4 golongan manusia seperti berikut...
1) Golongan Pertama: seorang yg X ADA ilmu tapi dia X NAK cari/sampaikan ilmu
2) Golongan Kedua: seorang yg X ADA ilmu tapi dia NAK cari/sampaikan ilmu
2) Golongan Ketiga: seorang yang ADA ilmu tapi x pandai nak berusaha ke arah kebaikan..
3) Golongan Keempat: seorang yang ADA ilmu tapi PANDAI menyampaikan kepada orang
Golongan ke 2 n 4 paling bagus n patut kite contohi...sebab dia faham akan hakikat ilmu n amal itu...Apabila kite mendapat Ilmu jgn kite simpan sorg2x...kedekut x nak org lain lebih daripada nya...SEDAR lah..ilmu itu bukan milik kite...akan hakikat..ILMU itu luas, ilmu dunia n akhirat....dgn adanya ilmu itu maka kite sepaptutnya BERAMAL...ADA 3 perkara yg akan membawa kebaikan kite sampai ke akhirat....1) ANAK SOLEH...2) ILMU YANG DISAMPAIKAN KEPADA ORG RAMAI serta 3) REZEKI(SEDEKAH) KITE......
![]() |
| Ilmu + Amal |
Renungkanlah Hadis Nabi....Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya." (Riwayat Bukhari)
Monday, 26 March 2012
Cinta sebenar...
Secara Umumnya, Pemilik cinta kita yang pertama adalah Allah s.w.t. Cinta insani sesekali tidak boleh mendahului. Cinta insani, tempatnya adalah menuruti cinta hamba kepada Ilahi. Cinta insani, adalah buah kepada cinta hamba kepada Allah s.w.t.
Andai cinta hamba kepada Allah belum berkembang mekar, maka cinta insani tidak akan berkembang mekar. Bajai dan suburkan cinta kepada Allah s.w.t dulu, barulah cinta insani akan lebih mudah mekar, dengan izinNya.
"Kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah solat kami sebagai penyejuk mata. Jadikanlah pasangan hidup dan anak kami sebagai penyejuk mata. Dan jadikanlah khidmat kami kepada agamaMu sebagai penyejuk mata kami."
![]() |
| ~Cintailah agama serta diri anda~ |
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan:74)
(Al-Furqan:74)
Subscribe to:
Posts (Atom)




